Penyewa! Sewa lebih Mudah, Cepat dan Adil dengan Deposit Sifar BlueDuck
Posted on
Written by: ElizaBlueDuck Content Creator
Anda mesti pernah dengar deposit 1+1, 2+1, atau 2+1+1 kan? Apa maksudnya? Maksudnya di sini, penyewa perlu bayar deposit 1 atau 2 bulan harga sewa. Semestinya anda perlu keluarkan duit yang banyak untuk berpindah ke rumah baharu. Istilah deposit sebenarnya boleh disama ertikan sebagai cagaran atau jaminan untuk sesebuah rumah sepanjang tempoh penyewaan. Jadi, jika berlaku sebarang masalah selepas tempoh tersebut, wang deposit tadi yang akan dijadikan sebagai cagaran atas kerosakan yang berlaku. Risiko yang selalu dihadapi oleh tuan rumah jika tidak mengambil deposit sebelum tempoh penyewaan adalah kerosakan barang rumah, bil-bil tertunggak mahupun penyewa melanggar kontrak tempoh sewaan.
MASALAH
Ramai orang terutamanya penyewa runsing untuk mencari duit bagi membayar deposit sewa rumah tambahan pula apabila dikenakan bayaran yang tinggi. Bukan sahaja anda perlu bayar sewa bulan pertama, malah perlu juga bayar deposit sekurang-kurangnya 2 bulan mengikut kadar harga sewaan rumah tersebut. Dengan keadaan ekonomi sekarang yang tidak menentu, tambahan pula pandemik Covid-19, pasti situasi ini amat sukar bagi sesetengah penyewa yang ingin mendiami rumah idaman tetapi tidak mampu untuk mengeluarkan duit yang banyak.
PENYELESAIAN
Jadi, kami BlueDuck ada penyelesaiannya. Penyewa kini dengan sekelip mata sahaja dapat berpindah ke rumah baharu dan membelanjakan hanya sedikit wang untuk bayaran permulaan sewa. Anda tidak perlu lagi pening kepala untuk mengumpul duit yang banyak hanya untuk menyewa sesebuah rumah. Kenapa? Sebab sekarang kami boleh bantu kurangkan bebanan anda untuk berpindah ke rumah dengan cepat dan selamat tanpa deposit. Simpan duit anda untuk kegunaan harian atau pada masa akan datang seperti barangan keperluan rumah, barangan runcit, langganan Netflix, mahupun bayaran ansuran kereta.
Proses untuk daftar profil penyewa juga amat mudah dan adil dengan melakukannya di website kami, isi butiran yang diperlukan dan daftar dengan menggunakan emel anda untuk tujuan pengesahan serta membeli pakej Deposit Sifar bermula dari harga RM450 sahaja setahun bagi sewa bulanan RM2000 dan setaraf. Cara ini sangat jimat kerana anda akan mempunyai wang yang banyak di tangan berbanding deposit tradisional iaitu bayaran deposit 2 bulan setengah sewa ditambah lagi dengan sewa bulan pertama. Cuba anda kira dan memang diyakini jimatnya di situ.
Berapa banyak yang anda akan jimat? Baiklah.
Contoh: Sewa bulanan RM2,000
Deposit tradisional: RM5,000 (cagaran) + RM2,000 (sewa bulan pertama) = RM7,000
Deposit Sifar (ZD): RM2000 (sewa bulan pertama) + RM450 (pakej ZD) = RM2450
:- Jimat sehingga RM4550 berbanding deposit tradisional. Lebih tinggi nilai harga sewa bulanan, lebih banyak yang anda akan jimat.
Fikir-fikirkanlah.
Oleh itu, daftar dan “Buy Now, Use Later” dengan kami sekarang di website, klik www.blueduck.my/tenantprofilesignup .
Pilih pakej yang anda mahukan dan nikmati Deposit Sifar yang kami tawarkan dengan sangat berbaloi.