đŸ‘‹Selamat Tinggal Masalah Pembayaran: Mengapa BD Pay Auto-Debit Adalah Cara Paling Cool Untuk Bayar Sewa Anda

Posted on

Adakah anda pernah mengalami kesukaran dalam menguruskan pembayaran sewa setiap bulan? Adakah anda sentiasa lupa membayar tepat pada masanya dan akhirnya terpaksa membayar untuk denda? Ataupun mungkin anda sudah letih dengan proses pindah wang secara manual ke akaun tuan rumah pada setiap bulan? 

Jangan risau, BlueDuck menyediakan satu penyelesaian yang paling sesuai untuk masalah ini: BD Pay auto-debit, bermaksud pembayaran akan dipotong secara automatik dari akaun bank anda setiap bulan. 

Marilah kami mengenai kelebihan BD Pay auto-debit dan mengapakah ia adalah cara paling cool untuk membayar sewa anda.


Kemudahan

BD Pay auto-debit membolehkan penyewa tidak perlu lagi menguruskan pembayaran secara manual setiap bulan. Selain itu, penyewa tidak perlu lagi melakukan proses penghantaran bayaran melalui mesin deposit tunai. Ini telah  menjimatkan masa dan juga lebih selamat kerana tidak perlu membawa wang tunai dalam jumlah besar. Oleh itu, process pembayaran akan menjadi susah dan kurang selamat.

Keselamatan

Auto-debit memastikan pembayaran dilakukan secara automatik dari akaun bank penyewa Malaysia, yang dapat mengurangkan risiko tertunggak atau kelewatan dalam pembayaran sewa. Hal ini membantu memastikan bahawa penyewa tidak dikenakan denda atau hukuman atas pembayaran lewat. 

Membangunkan Skor Kredit

Selain itu, auto-debit juga membantu membangunkan skor kredit penyewa, yang dapat memberikan kemudahan kewangan yang lebih baik untuk masa depan seperti berpeluang lebih tinggi untuk mendapatkan pinjaman membeli rumah atau kereta.

Mengurangkan Stres

Auto-debit juga dapat mengurangkan tekanan dan stres penyewa dalam menguruskan kewangan mereka. Penyewa dapat menumpukan perhatian pada perkara lain seperti kerja atau aktiviti sosial yang lebih bermakna. 


Mudah Dikendalikan

Akhir sekali, auto-debit adalah sangat mudah dikendalikan melalui portal pembayaran dalam talian, membolehkan penyewa memeriksa pembayaran, mengubah tarikh atau jumlah pembayaran, atau menamatkan auto-debit dengan mudah. Penyewa BlueDuck hanya perlu log masuk melalui laman utama BlueDuck (www.blueduck.my), dan menguruskan akaun bank yang digunakan untuk BD Pay.

Jika anda ingin menghindari kesulitan dan kelewatan dalam pembayaran sewa, serta ingin memastikan kestabilan kewangan anda, pilihan yang paling bijak adalah dengan menetapkan auto-debit untuk pembayaran sewa anda. Berita baik! 

Anda hanya perlu mendaftar BD Pay melalui www.blueduck.my/tenantprofilesignup dan memberitahu tuan rumah anda bahawa anda ingin membuat pembayaran sewa anda melalui BD Pay. 


Share on Facebook · Share on Twitter