Mulakan

Siapa BlueDuck

+

Kami merupakan syarikat teknologi kewangan yang menyediakan perkhidmatan kewangan di Malaysia. Kami amat bangga dapat sediakan penyelesaian sewaan yang sangat mudah bagi mereka yang sedang mencari tempat tinggal atau tempat untuk bekerja, sama ada ianya adalah untuk kediaman ataupun untuk tujuan komersial.

Penyelesaian BlueDuck telah diiktiraf oleh MDEC, MRANTI, 1337 ventures dan banyak lagi. Memenangi beberapa anugerah daripada BNM x 1337 Ventures Alpha Startups MYFintech Week 2022 , FWD dan SIDECs SAP 2022.

Adakah BlueDuck mempunyai platform penyenaraian?

+
  • Kami sebenarnya tidak menawarkan platform untuk mencari hartanah untuk disewa, tetapi jangan risau - terdapat banyak platform penyenaraian di luar sana yang boleh membantu anda mencari rumah atau ruang kerja yang sesuai! Hanya cari melalui platform yang tersedia di pasaran mengikut kesesuaian dan keperluan anda dan memohon untuk kaedah bebas deposit untuk masuk.

  • Untuk ejen/tuan tanah, kami menyediakan akaun pengguna percuma untuk anda menyimpan butiran hartanah anda, anda boleh berkongsi pautan URL kepada prospek anda.

Adakah anda sebuah syarikat pengurusan hartanah?

+

Kami bukan pengurus hartanah, tetapi kami bekerjasama dengan mereka untuk menawarkan sifar deposit dengan perkhidmatan gerbang pembayaran kami. Dengan cara ini, anda masih boleh dapatkan bantuan pakar sambil menikmati pengalaman penyewaan yang lebih lancar dengan BlueDuck.

Proses Permohonan

Siapakah yang akan bayar untuk Zero Deposit Program?

+

Penyewa.

Berapa kosnya?

+
  • Yuran pemprofilan penyewa dikenakan, dan bayaran kecil sebanyak 1% daripada setiap transaksi penyewaan.

  • Dan, yuran langganan BD hanyalah sekali bayaran pendahuluan, yang dicaj setiap tahun. Kos yuran ini adalah antara 15% - 20% daripada jaminan 3 bulan, bergantung pada skor kredit dan kad skor BD, tujuan sewaan (komersial/kediaman).

  • Invois digital akan dikeluarkan kepada penyewa. Jadi jangan lupa untuk semak peti mel anda.

Apakah itu Profil Penyewa?

+
  • Profil penyewa ialah ringkasan maklumat peribadi dan kewangan penyewa, termasuk sejarah pekerjaan, kredit dan sewaan. Ia membantu pemilik hartanah menilai risiko sewaan kepada penyewa dan membuat keputusan.

  • Untuk penyewa, anda boleh tunjukkan kepada bakal pemilik hartanah bahawa anda seorang penyewa yang bertanggungjawab, yang membayar sewa tepat pada masanya, mempunyai sejarah kredit yang baik dan berkemungkinan menjaga harta itu dengan baik. Ini boleh membantu anda untuk lebih menonjol daripada pemohon lain dan meningkatkan peluang anda untuk diluluskan.

Saya seorang ekspatriat, atau pelajar antarabangsa. Bolehkah saya memilih program ini?

+

Ya! Asalkan anda mempunyai akaun perbankan dalam talian Malaysia. Serahkan maklumat yang diperlukan untuk kami sahkan dan luluskan - www.blueduck.my/tenantprofilesignup

Apakah langkah-langkah untuk memohon program ini?

+
  • 1) Dapatkan pengesahan melalui www.blueduck.my/tenantprofilesignup dengan memuat naik dokumen sokongan anda seperti salinan IC (depan dan belakang), surat kerja dan tangkap layar akaun perbankan dalam talian anda (bagi menunjukkan anda adalah pemegang akaun).
  • 2) Semak emel untuk kemaskini status pengesahan dalam masa 2 jam.
  • 3) Selepas permohonan anda diproses, hanya log masuk ke portal sewaan anda untuk aktifkan kebenaran pembayaran sekali sahaja sebagai sebahagian daripada proses onboarding untuk program kami dan ia menjadikan pembayaran sewa anda mudah!
  • Ejen hartanah atau tuan tanah anda dikehendaki mendaftarkan akaun pengguna dan memuat naik butiran hartanah dan penyewaan. Daftar disini.

Berapa lamakah masa yang diambil oleh BlueDuck untuk proses permohonan?

+

Sebaik sahaja kami mendapat maklumat yang diperlukan daripada penyewa dan ejen. Untuk kebanyakan permohonan, kami memberikan respons dalam masa 2 jam.

Adakah setiap bangunan/ pemilik hartanah menerima Zero Deposit Program?

+

Tidak, bukan setiap bangunan/ pemilik hartanah ?tetapi ramai yang lakukannya, dan kami sedang menambah lebih banyak setiap hari. Jangan risau! Jika anda memohon untuk hartanah yang tiada dalam pangkalan data kami pada masa ini, kami akan menghubungi ejen/pemilik hartanah yang berkenaan dan bantu untuk proses seterusnya dengan cepat.

Saya mempunyai sewaan 24 bulan, bolehkah saya membayar Zero Deposit Program dahulu?

+

Ya! Anda digalakkan untuk berbuat demikian bagi mendapatkan diskaun awal!

Saya seorang ejen, bolehkah saya tawarkan program ini kepada penyewa saya untuk mempercepatkan proses jualan?

+

Ya! Kami ingin anda sebarkan berita dan berkongsi penyelesaian kami dengan orang lain. Profil Penyewa kami dengan BD ZDP telah terbukti membantu ejen mendapatkan tawaran dengan lebih cepat seterusnya memberi kegembiraan kepada pemilik hartanah.

Saya seorang pemilik hartanah, bolehkah saya menawarkan program ini kepada penyewa saya bagi hartanah milik saya?

+

Ya! Dengan BlueDuck, anda boleh berehat dengan yakin kerana penyewa anda telah disahkan sepenuhnya. Apabila penyewa anda sudah bersedia, rangka perjanjian sewaan dan muat naik butiran ke portal BD Landlord kami.

Pada tahun ke-2 sewaan saya, adakah saya perlu memperbaharui Zero Deposit Program saya?

+
  • Ya! Langganan sah selama 12 bulan. Oleh itu apabila anda memasuki sewaan 12 bulan seterusnya, sila langgan melalui portal penyewa anda.
  • Hubungi kami jika anda mempunyai sebarang pertanyaan!

BD Pay

Apakah itu BD Pay?

+

BD Pay ialah gerbang pembayaran FPX. Menggunakan FPX, anda boleh membuat pembayaran sewa anda dengan hanya beberapa klik, tanpa lupa membuat pembayaran. Dan untuk pemilik hartanah, BD Pay menjadikan kutipan secara lebih cepat - tidak perlu mengejar penyewa atau menunggu cek untuk dijelaskan. Ia pantas, mudah dan sangat menyenangkan untuk semua orang yang terlibat.

Bagaimanakah BD Pay berfungsi?

+
  • Penyewa hendaklah melakukan 1 kali kebenaran BD Pay untuk kutipan berulang (cth: sewa/sewa tempat letak kereta).
  • Sebanyak 4 potongan akan dijadualkan dalam masa 3 minggu setiap bulan jika transaksi terlepas.
  • Perkara yang baik ialah ejen, pemilik hartanah dan penyewa dikemas kini dengan status transaksi melalui portal dan e-mel!

Apakah kaedah pembayaran menggunakan BD Pay?

+

Kami telah memudahkan anda untuk membayar sama ada dengan autodebit FPX atau kad kredit anda yang boleh dipercayai. Hanya pilih kaedah pilihan anda semasa proses pendaftaran.

Berapa pantas saya akan menerima sewa saya jika saya menggunakan BD Pay sebagai perkhidmatan?

+
  • Anda akan menerima sewa anda dalam T+1 hari. Jika tarikh kutipan jatuh pada hujung minggu atau cuti umum, ia akan menjadi T+3 hari.
  • Lihat sejarah transaksi anda melalui Portal BD anda dengan memilih harta yang anda ingin lihat.
  • View your transaction history via your BD Portal. Register here.

Bolehkah saya hanya menggunakan BD Pay sebagai perkhidmatan?

+

Lain-Lain

Adakah anda menyediakan penggubalan perkhidmatan perjanjian penyewaan?

+
  • Ya, kami menyediakan penggubalan perkhidmatan perjanjian penyewaan! Perkhidmatan kami termasuk e-TA dengan perkhidmatan e-setem hanya sebanyak RM200 + duti setem.
  • Setelah perjanjian dirangka, kedua-dua penyewa dan pemilik hartanah akan terima pautan SMS untuk melihat dan menandatangani perjanjian pada peranti mereka. Ini menjadikan proses membuat dan menandatangani perjanjian lebih mudah dan cepat. Selepas perjanjian ditandatangani, ia akan dihantar ke LHDN untuk e-setem, bagi memastikan ianya sah di sisi undang-undang.

Apakah itu e-TA?

+

E-TA (perjanjian penyewaan elektronik) ialah perjanjian yang mengikat secara sah antara pemilik hartanah dan penyewa yang dibuat dan ditandatangani secara elektronik. Tiada lagi perjanjian jenis dokumen berasaskan kertas dan membolehkan proses yang lebih mudah dan cekap.

Apakah perkhidmatan e-setem?

+

Perkhidmatan e-setem merujuk kepada proses mengecop secara elektronik perjanjian penyewaan dengan pihak berkuasa yang berkaitan untuk menjadikannya sah di sisi undang-undang. Ini dilakukan dengan membayar duti setem yang berkaitan dan mendapatkan sijil setem elektronik. Dengan menggunakan perkhidmatan e-setem, anda boleh menghapuskan keperluan untuk kertas setem fizikal dan mengurangkan masa dan kos yang terlibat untuk mendapatkannya.

Apakah maklumat yang anda perlukan untuk perkhidmatan e-TA?

+

Kami memerlukan butiran maklumat harta tanah anda seperti foto, alamat harta tanah, senarai inventori, maklumat penyewaan seperti tempoh penyewaan, jumlah sewaan dan kontak butiran penyewa dan tuan rumah.

Adakah BlueDuck mempunyai aplikasi mudah alih?

+
  • Ya! Pengguna Apple muat turun di sini dan pengguna Android boleh memuat turun di sini.

BlueDuck Zero Deposit Program (ZDP)

Apakah Zero Deposit Program?

+
  • Dengan BlueDuck ZDP, anda boleh ucapkan selamat tinggal kerana anda tidak perlu keluarkan sejumlah wang tunai untuk deposit. Sebaliknya, apa yang anda perlu lakukan adalah membayar sedikit yuran yang meliputi deposit tunai, dan siap! Dengan cara ini, anda boleh berpindah ke rumah atau ruang kerja baharu anda tanpa beban kewangan.

  • Apabila tiba masanya untuk anda berpindah, anda hanya perlu membayar ganti rugi bagi kerosakan atau tunggakan sewa yang belum dibayar, mengikut syarat perjanjian penyewaan.

  • Program ini akan memberi pampasan kepada pemilik hartanah sehingga 3 bulan amaun sewa bagi pihak penyewa sebagai jaminan sekiranya penyewa melarikan diri, atau kemungkiran sewa. Penyewa akan membayar semula pampasan tersebut kepada BlueDuck.

Apakah faedah Zero Deposit Program?

+
  • Penyewa kini boleh kurangkan kos kemasukan dan tidak bimbang tentang deposit berganda apabila tiba masanya untuk beralih ke sewaan seterusnya.

  • Dengan program ini, ejen dan pemilik hartanah boleh sewakan kepada penyewa yang disahkan. Ianya memberikan ejen dan pemilik hartanah pilihan calon penyewa yang berkualiti untuk dipilih.

Apakah keperluan penyewa untuk memulakan Zero Deposit Program?

+

Untuk memulakan ZDP sebagai penyewa, anda perlu melalui:

  • pengesahan penyewa dengan BlueDuck dan

  • bersetuju untuk membayar sewa melalui BD Pay. Jadilah penyewa yang bertanggungjawab, dan hormati perjanjian anda untuk mengelak daripada disenaraikan dalam agensi kredit pilihan kami.

Bagaimanakah saya tahu jika Zero Deposit Program saya telah diaktifkan?

+

Sebaik sahaja kami menerima semua butiran yang diperlukan, sijil antara anda (penyewa) dan BlueDuck akan dikeluarkan dalam tempoh 3 hari bekerja. Dan sebagai bonus, pemilik hartanah anda akan menerima salinan sijil tersebut juga. Hanya log masuk ke Portal BD anda untuk mendapatkannya.

Apakah tempoh Program Zero/ Sifar Deposit?

+
  • ZDP kekal sah selama 12 bulan dari masa pengaktifan, yang ditentukan oleh sama ada tarikh mula sewaan atau pembayaran yang dibuat untuk langganan ZDP.
  • Sekiranya tempoh sewaan 24 bulan, penyewa dikehendaki melanggan untuk sewaan 12 bulan berikutnya.

Adakah Zero Deposit Program berfungsi merentasi semua jenis aset?

+

Ya! Pada masa ini, Program Zero/ Sifar Deposit boleh digunakan untuk semua jenis hartanah kediaman dan komersial. Termasuk bilik, unit, lot kedai dan pejabat.

Adakah ZDP tersedia di seluruh Malaysia?

+

Ya! Di mana sahaja anda berada, BlueDuck akan ada untuk anda.

Tamat Sewaan

Saya terpaksa menamatkan penyewaan lebih awal kerana perpindahan kerja, apakah yang perlu saya lakukan?

+
  • Jika anda berniat untuk tamatkan kontrak sewa anda dengan lebih awal, syarat untuk berbuat demikian bergantung kepada terma yang telah dipersetujui di dalam kontrak sewaan antara anda dan tuan rumah. Jika terdapat sebarang perbezaan pendapat, anda dan tuan rumah perlu bekerjasama untuk menyelesaikannya melalui rundingan.
  • Walau bagaimanapun, jika gagal menyelesaikan pertikaian itu, tuan rumah berhak mengemukakan tuntutan kepada BlueDuck dengan sewajarnya, tertakluk kepada kelulusan BlueDuck.

Adakah saya akan tahu jika terdapat tuntutan yang dibangkitkan terhadap saya?

+

Jika tuntutan difailkan terhadap anda oleh pemilik hartanah dan BlueDuck meluluskannya, BlueDuck akan menghubungi anda melalui e-mel untuk memberikan anda semua butiran yang diperlukan tentang tuntutan itu, termasuk jumlah sewa sehingga 3 bulan. Pastikan anda mengawasi peti masuk anda dan ikut sebarang arahan yang diberikan oleh BlueDuck dengan segera.

Penyewa melarikan diri, bagaimana saya membuat tuntutan?

+
  • Oh tidak! Sila buat laporan polis dalam masa 48 jam dan e-mel ke claim@blueduck.my dengan nombor sijil anda (seperti yang disenaraikan dalam sijil kontrak anda)
  • Tuntutan biasanya diproses dalam masa 10 hari bekerja.

Apakah yang dilindungi oleh Zero Deposit Program ini?

+
  • Sekiranya penyewa meninggalkan premis tanpa makluman awal atau kemungkiran sewa selepas meninggalkan bangunan, tuan rumah berhak mengemukakan tuntutan sehingga 3 bulan jaminan.
  • Untuk maklumat lanjut, e-mel ke claim@blueduck.my.

Portal BD

Apakah Portal BD?

+
  • Portal BD ialah alat terbaik untuk memudahkan sewaan anda. Sama ada anda seorang penyewa, pemilik hartanah atau ejen, platform ini akan membantu anda.
  • Setiap daripada anda mempunyai log masuk anda sendiri, jadi semua orang boleh kekal di halaman yang sama dan mengelakkan sebarang kekeliruan atau salah komunikasi. Paling penting, ia benar-benar telus - anda boleh akses semua maklumat penting tentang sewaan anda di satu tempat yang mudah. Tiada lagi e-mel bolak-balik atau mesej yang terlepas pandang.

Bagaimanakah pemilik hartanah dan ejen menyimpan butiran hartanah dalam Portal BD?

+

Mudah sahaja, hanya log masuk dan "tambah hartanah". Dengan Portal BD, anda boleh menyemak transaksi anda, mohon penyelenggaraan dan juga melihat dokumen penting seperti perjanjian sewaan anda - semuanya hanya dari telefon atau komputer anda sendiri.

Bagaimanakah BD Portal boleh menguruskan sewaan anda?

+

Portal BlueDuck ialah alat terbaik untuk menyimpan semua maklumat berkaitan hartanah dan sewaan anda di dalam satu tempat! Dapatkan bayaran sewa automatik dan peringatan sewa yang perlu dihantar terus kepada penyewa dan pemilik hartanah, jadi tiada lagi alasan terlepas pandang. Dan dengan peringatan 90 hari sebelum tamat tempoh penyewaan, anda akan sentiasa berada di hadapan.

Bagaimanakah penyewa menggunakan Portal BD?

+
  • Dengan hanya beberapa klik, anda boleh setup kebenaran bagi urusan debit terus menggunakan log masuk penyewa anda. Selain itu, anda boleh memilih untuk membayar dengan kad kredit atau perbankan dalam talian FPX.
  • Anda akan terima emel peringatan untuk memberitahu anda apabila tempoh sewaan anda akan tamat supaya anda boleh mengelakkan sebarang bayaran lewat atau penalti.

Apakah butiran yang diperlukan untuk mengemas kini hartanah?

+

Untuk mengemas kini hartanah anda, anda perlu memberikan maklumat asas berkaitan hartanah anda seperti:

  • Alamat Hartanah, jenis hartanah, gambar dan keterangan hartanah, jumlah sewa, butiran berkaitan cara menghubungi ejen/pemilik hartanah.

Apakah butiran yang diperlukan untuk mengemas kini maklumat sewaan?

+

Untuk mengemas kini maklumat sewaan anda, anda perlu memberikan maklumat sewaan asas seperti:

  • Butiran penyewa seperti nama, nombor pendaftaran dan alamat e-mel.
  • Tempoh penyewaan, jumlah sewa, butiran bank pemilik hartanah, salinan perjanjian penyewaan yang ditandatangani.

Bagaimanakah saya boleh semak butiran transaksi sewaan saya?

+

Untuk menyemak butiran transaksi sewaan anda, apa yang anda perlu lakukan ialah log masuk ke portal anda, pilih hartanah yang ingin anda semak dan tekan butang Sejarah Pembayaran. Dari sana, anda akan dapat melihat semua data yang anda perlukan, seperti jumlah sewa yang anda buat, tarikh pembayaran dibuat. Mudah kan!

Bagaimanakah saya boleh dapatkan semula kod rujukan saya?

+

Ia sangat mudah! Hanya log masuk ke portal anda, pergi ke "Profil Saya", dan anda boleh dapatkan kod rujukan anda di situ.

Bagaimanakah saya boleh memuat turun perjanjian penyewaan saya?

+

Memuat turun perjanjian penyewaan anda atau dokumen lain adalah sangat mudah. Apa yang anda perlu lakukan ialah log masuk ke portal anda, pilih hartanah yang anda ingin, dan klik pada butang muat turun. Itu sahaja! Anda boleh mendapatkan dokumen yang diperlukan dalam masa yang singkat.

Bolehkah anda menawarkan versi label putih Portal BD anda?

+